Friday 26 December 2008 at 00:19 | 0 komen anda???  
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."-Surah Al-Baqarah ayat 216 KENAPA


SUSAH SANGAT UJIAN INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?


"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45


APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?


"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min,diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... .. -Surah At-Taubah ayat 111 KEPADA SIAPA


AKU BERHARAP?


"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." – Surah At-Taubah ayat 129


ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!


"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." -Surah Yusuf ayat 12 ………………………….. cinta orang mukmin "...Tetapi Allah telah menimbulkan cintamu kepada keIMANan dan menjadikan keIMANan itu terasa indah dalam hati mu; dan ditumbuhkanNya dalam hatimu rasa kebencian terhadap kekafiran, kejahatan dan kedurhakaan. Itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang benar. Itulah suatu anugerah dan kurnia Allah dan Allah Maha Tahu dan bijaksana" (Hujurat 7-8)
Taip demi Menaip islam bersama Labels:
Tuesday 9 December 2008 at 07:16 | 1 komen anda???  
Jom 'couple' sambil dpt redha ALLAH

rasanya semua kita pastinya bercinta dengan orang yang kita suka,apatah lagi dah nama nya pun menyintai,rata-rata kita tentunya mahu menyintai dan memiliki kan?

maka jika dah memang kita yakin si dia adalah orangnya untuk kita,apa tunggu lagi?’couple’ lah!! Islam tidak pernah menghalang cinta. Cuba fikir logik,jika dah ibadat kita pun lain dengan ibadat agama lain,maka islam yang kita yakini sebagai cara hidup kita pun ada couple cara islam yang sudah tentunya berbeza ngan couple agama lain/fahaman orang yang tak beragama..ye dak?logik kan?

jadi,bagaimanakah couple yang halal dalam islam?nama islamik bagi ‘couple’ halal ialah nikah khitbah,dalam bahasa kita ianya dipanggil nikah gantung (lebih baik guna nama islamik ye dak? bunyi pun sedap sikit)

kat sini saya kuarkan ‘point-point’ yg diutarakan oleh penulis asal artikel berkenaan ‘coupling’ halal atau bahasa islamik nya "nikah khitbah"

antara petikan artikel asal :

1) “Penulis menjawab: “Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal…iaitu bernikah!”.”

Jika diutarakan persoalan nikah, ramai yang akan memberikan respon yang skeptic. “Mana ada duit!”, “Nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak bapak tak kasi!”, “Nak tinggal di mana?”, “Mana ada kerja lagi!”, “Diri sendiri pun tidak terjaga!” dan pelbagai alasan lagi. Mengapa mereka boleh mengemukakan alasan-alasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.

2)” Apakah “khitbah”? Jika diterjemahkan secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak.”

3) “Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya.”

4) “Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung”. Bukankah bunyinya amat mengerikan? Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan para siswa dan siswi kampus yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.”

haa..amacam?praktikal tak islam?ke malu dapat status "married" dalam usia muda?adakah
malu buat yang halal tapi tak malu berdua-duan secara haram yang memang memungkinkan
segala pekara tak senonoh terjadi atau timbul fitnah?

nikah khitbah..bukan sahaja solusi kepada belia islam yang mahu ber’couple’ tapi juga adalah
tanda/bukti yang si dia yang menyatakan cinta pada kita tu tak menipu,sanggup bertanggung
jawab(bagi perempuan la)

lagi satu,kalau isu dapat anak timbul..aik?bukankah kita selalu ‘claim’ yang kita ni dah maju..kan banyak caranya untuk elakkan kehamilan.

-ni ada ayat ‘favourite’ – “World,world juga,akhirat jangan lupa!”.Haa..siapa kata bila amal islam maka akan kacau hal dunia?Ber’couple’ lah sambil mendapat redha ALLAH

http://ibnu-nordin.blogspot.com/
Taip demi Menaip islam bersama Labels:

Klik Saja

Carian....?

Google
 

Search the web Search this site
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum